HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Muzium 3D Langkawi


- 27 Februari 2016 -

Assalamualaikum

Heee! Lama tak update  blog. Okey sempena cuti tahun baru Cina yang lepas Aku 'CUTI-CUTI MALAYSIA' kat Langkawi - alaaa kampung sendiri jeee *huhuhu* Bercuti ni adalah salah satu impian Aku untuk Armand. Inilah percutian pertama kami berdua selepas 9 tahun lamanya. Aku namakan percutian ni BONDING TRIP - dimulakan dengan Langkawi. Sepertimana yang telah dirancang, kami ke Burau Bay - untuk menaiki kereta kabel atau SKYCAB, SKYBRIDGE, SKYDOME, SKYREX6D CINEMOTION bla bla bla.

Disebabkan waktu tu adalah cuti umum, maka umat manusia teramat la ramai. Terpaksa beratur berjam lamanya untuk membeli tiket dan menunggu giliran untuk masuk ke semua tempat SKY tu. Malang sekali giliran kami keesokan harinya *aisehhh* So kalau nak datang ke sini pada cuti umum, buat la tempahan tiket seawal mungkin ye. Sebab kalau datang awal pagi beratur pun belum tentu boleh masuk pada hari yang sama. Harga tiket bergantung pada pakej. Aku pilih untuk masuk semua tempat dan harganya RM120 untuk dewasa.

Mula-mula sekali kami ke Muzium 3D sementara menunggu waktu giliran yang telah diberikan untuk menaiki SKYCAB. Aku ringkaskan tentang Muzium 3D ni; ia adalah dalam bentuk lukisan, arca, binaan yang bermacam. Banyak sangat. Yang suka selfie, boleh la berselfie  dengan semua 'karya' kat dalam muzium ni sampai lebam. Jangan kata kat dinding, atas lantai pun boleh berguling selfie sebab ada lukisan 3D! Errr jangan lupa tengok gelagat mereka yang berselfie dengan macam-macam gaya sekali. Part  tu adalah yang paling menghiburkan - KECERIAAN.  Okey Aku kongsi sedikit gambar dari beratus-ratus selfie  yang kami rakamkan. Kalau nak tau apalagi karya 3D yang lain kena la datang dan tengok sendiri *huhuhu*








To be continue.. Ngantuk sangat.

Okey Aku cuti sekarang, sambung balik entri. Lepas Muzium 3D kami ke SKYREX pulak. Macam biasa beratur panjang jugak! SKYREX tu apa? Okey SKYREX adalah pengembaraan ke dunia dinosour dengan menaiki trem simulasi + pakai cermin mata 3D + filem 3D. Dalam pengembaraan ini, kita seolah-olah sedang hadapi suasana sebenar yang penuh aksi - dikejar dinosour, terjatuh, pesawat terhempas, disembur air, gegaran gempa bumi dan banyak lagi. Errr.. Bagi Aku ia biasa je.. Tak la mengujakan atau mendebarkan seperti yang digambarkan pun.. Aku kan dah terlebih lasak *huhuhu* Oppsss! Tak dibenarkan menggunakan kamera atau mengambil gambar di SKYREX ye. 


Replika dinosour di Galeri SKYREX

Pekena aiskrim dulu. Langkawi cuaca terik!

Bergambar sementara beratur menunggu giliran.

Okey selesai SKYREX kami ke SKYCAB. Sebelum menaiki SKYCAB, kami melalui SKYDOME. Beratur panjang lagi (",) Apa ada dengan SKYDOME? Alaaa lebih kurang sama macam SKYREX juga. Bezanya SKYREX pengembaraan dunia dinosour, SKYDOME tentang sains dan teknolgi. Kalau SKYREX duduk atas trem, kat SKYDOME duduk atas kerusi yang memerlukan kita menlangut ke atas untuk menonton layar 3D selama 10 minit. Lenguh leher.. Errr takda gambar dalam atau luar SKYDOME. Dah lemau mood  asek beratur jeee!

Selesai SKYDOME. Di laluan yang sama kami beratur lagi untuk menaiki SKYCAB. Sampai giliran kami. Ada 3 pilihan gondola - Biasa, Crystal Glass,  VIP. Bezanya? VIP tak payah beratur. Crystal Glass  tu gondola lutsinar. Biasa tu kena beratur panjang dan bukan gondola lutsinar *hahaha* Okey kami naik yang biasa je, janji naik, nikmati pemandangan. Sampai atas je memang enjoy! Terasa lapang dengan pemandangan yang hijau indah dan udara yang hmmm nyaman. Lama kot kami lepak santai kat atas.








To be continue.. Ngantuk sangat...









No comments :

;