HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

MASKER YOGURT


Assalamualaikum.

Lama tak blog!

Aku dapat satu ‘resepi’ kecantikan dari satu grup masakan kat FB. Jangan pelik pulak eh. Resepinya macam best jeee. Ramai yang respon dah cuba dan mengakui ianya SANGAT BERKESAN. So Aku salin resepi kecantikan tu kat blog untuk rujukan sendiri. Nak cantik jugakkk! Jom flawless kan kulit tanpa skincare *wink wink*

Resepi masker copy paste + edit :



Bahan-bahan: -

1 ½ sudu serbuk kunyit
1 sudu yogurt (perisa asli)
1 sudu madu

Caranya : -

1. Masukkan semua bahan dalam bekas / mangkuk

2. Gaulkan semua bahan menggunakan SUDU PLASTIK hingga sebati
*sudu besi boleh hilangkan khasiat madu katanyaaa*

3. Pastikan campuran bahan pekat dan tidak menitik

4. Sapukan dan ratakan di muka menggunakan belakang sudu *sudu plastik yogurt*

5. Biarkan dalam 30 minit atau sehingga kering

6. Bersihkan muka menggunakan air suam

7. Cuci muka menggunakan pencuci muka kemudian skrub

8. Lap muka - siap!

- AMALKAN SEMINGGU 2 KALI ATAU PALING MALAS SEKALI SEMINNGU -


Kelebihan masker yogurt

1. Kulit jadi cerah dan flawless
2. Glowingkan kulit
3. Sembuhkan jerawat
4. Kurangkan pigmentasi
5. Anti-penuaan
6. Kurangkan radang / jangkitan
7. Melembabkan kulit
8. Merawat sunburn
9. Kurangkan gelap bawah mata


SOALAN LAZIM

Soalan : Tak jadi kuning ke muka tu nanti?

Jawapan : YA muka akan jadi sedikit kekuningan - hanya beberapa jam saja. 
Skrub selepas rawatan digalakkan bagi mengurangkan kesan kuning,


Soalan : Berapa lama baru dapat kesannya?

Jawapan : Kalau buat dapat la hasilnya. Buat 2x seminggu atau paling malas sekali seminggu. 
Yang pasti kena buat dan amalkan. Insha Allah sebulan pun boleh nampak dan rasa kesannya. 
Nanti tetiba je ada orang tegur "Eh flawless nye kulit" hehehe


EKSTRA : Disebalik kisah...

Petua ni, yang berkongsi dapat dari sorang auntie cleaner berbangsa India. 
Walaupun kulit dia gelap tapi glowing - sebiji jerawat pun tak ada! So auntie tu bagi petua ni. 
Kata auntie tu lagi; orang India memang sering amalkan petua ni terutamanya bakal pengantin 
untuk naikkan seri muka. 


Okeyyy Aku nak cuba amalkan. Hasilnya nanti Aku kongsikan. Insha Allah. Tunggu!

No comments :

;