HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Tuhan Aku Sakit..


- 27 Mei 2016 -

Assalamualaikum

Entri kali ni sekadar ucapan TERIMA KASIH dan untuk Aku kenangkan kebaikan mereka ketika Aku jatuh sakit serius.


FB - 24 April 2016

KRONOLOGI

Aku mula rasa tak sedap badan selepas balik bercuti dari Sungai Petani / Langkawi. Sehari selepas diraikan di tempat kerja, Aku demam. Panas. Tapi Aku kerja juga. Makin lama makin panas. Ditambah dengan batuk dan muntah-muntah. Hari ke 3 Aku tak tahan. Gelisah. Pandangan berpinar. Sorang staf (Fiza) yang perasan terus beritahu pada bos dan Aku disuruh balik.

Aku terus tuju klinik di belakang tempat kerja ditemani staf kitchen (Eric). Aku masih ingat betapa gelisahnya Aku menunggu giliran. Berpeluh-peluh. Menggigil. Sebaik nama Aku dipanggil, sambil menangis "Doktor tolong saya. Sakit sangat. Saya dah tak tahan.." Lepas tu Aku tak tahu apa berlaku. Sedar je ada kat hospital dengan penuh wayar kat badan + tangan 'masuk air'. Beberapa jam kemudian Aku dibenarkan balik dengan bekalan ubat. Tempah GrabCar, balik sendiri.

Seminggu berlalu. Aku masih demam panas. Ubat yang diberikan tak berkesan. Sakit Aku makin teruk. Sekali lagi Aku tak sedarkan diri. Sekali lagi Aku dibawa ke hospital. Aku terima rawatan yang sama seperti sebelumnya. Kali ni doktor syak Aku Pneumonia. Beberapa jam selepas rawatan Aku dibenarkan balik dengan bekalan ubat. Beberapa hari berlalu tapi Aku masih juga sakit. Makin sakit.

Sepanjang sakit, Aku langsung tak ada selera makan. Berhari-hari tak makan. Hanya minum. Kalau makan pun Aku akan muntah. Hatta bubur sekali pun Aku muntahkan balik. Adakalanya Aku cuma mampu menangis menahan kesakitan dan rasa lapar. Aku banyak habiskan masa dengan tidur. Berat badan turun mendadak. Bos diberitahu. Terkejut dia tengok keadaan Aku yang kurus sangat-sangat. 30 kg je. Muka cengkung. Nak berdiri pun tak larat.

Bos minta seseorang uruskan Aku. Sekali lagi Aku dibawa ke hospital. Kali ni doktor syak Aku batuk kering pulakkk. Dari hospital dirujuk ke klinik kesihatan. AKU DAH TAK BERDAYA.. Sebulan lamanya Aku sakit. Berulang alik ke hospital. Berkali-kali dicucuk, dirodok jarum untuk ambil darah. AKU DAH TAK SANGGUP.. Aku minta supaya rawatan seterusnya di buat kat Langkawi. Dari hospital ke hostel. Dari hostel Aku balik ke rumah sendiri.


Letih.. Lesu..
Bertarung melawan kesakitan..
Lebih letih dari bekerja 12 jam sehari sewaktu sihat..
* FB - 26 April 2016 *

Aku masih ingat. Sendirian di rumah. Terbaring terlantar sementara menunggu hari untuk terbang ke Langkawi. Aku masih ingat, Aku gagahkan diri untuk turun tangga dari tingkat 15 untuk menunggu GrabCar untuk menuju ke airport. Terhoyong hayang berjalan menuju kaunter check-in. Banyak mata yang memandang. Aku sikit pun tak peduli. Aku cuma pakai t-shirt bodoh + seluar bodoh yang sesuai pakai kat rumah je + tudung berkedut seribu tak digosok. Memang rupa tak terurus teruk masa tu. Kat tangan standby plastik untuk muntah. Cuma sehelai sepinggang.

Dalam banyak mata yang sekadar memandang dengan mulut berbisik berkata-kata, ada seorang yang datang membantu Aku berjalan menuju ke satu restoren dalam  airport sementara menunggu untuk terbang. Dalam restoren tu ada sofa. Aku baring atas sofa tu. Selamba. Tiba-tiba pelayan restoren bawakan semangkuk noodles sup dan air 100 Plus untuk Aku. "Abang tu yang belikan. Dia suruh Akak makan sikit.." Aku diam. Pandang lelaki tu sambil angkat tangan tanda terima kasih.

Aku masih ingat, betapa payahnya berjalan ke balai perlepasan - ke kapal terbang yang menanti di lapangan. Sentiasa ada yang hulurkan tangan untuk membantu. Alhamdulillah. Aku sampai Langkawi dengan selamat. Teruskan rawatan di Langkawi. Aku masih ingat sesi rawatan yang menyakitkan dan ujian demi ujian yang dilakukan. Selepas 2 minggu Aku beransur pulih. Aku disahkan bebas dari Pneumonia, batuk kering dan sewaktu dengannya.

Aku dah sembuh. Sungguh nikmat sihat tu tak ternilai. Tiada galang gantinya. Bila teringat balik waktu sakit tu, Aku sendiri rasa ngeri. Pernah terlintas dalam fikiran Aku tentang mati. Rasanya aneh. Aku terima dan tahankan sakit yang dirasa. Rasa takut tak menyelinap langsung dalam diri. Sakit itu ujian. Allah nak uji kesabaran. Boleh jadi sakit itu adalah peringatan dan teguran dari Allah. Tapi sakit itu juga adalah tanda Allah sayang kerana ia penghapus dosa-dosa. Alhamdulillah..


TERIMA KASIH SEMUA.

Kepada semua kawan tempat kerja

Fiza - terima kasih jaga sepanjang Aku sakit kat hostel. Yang keluarkan duit sendiri belikan makanan untuk Aku walaupun Aku tak makan. Yang temankan Aku waktu malam ketika Aku sakit sangat dan termuntah-muntah. Yang kemaskan bilik Aku dan dobikan kain baju Aku+++

May & Kak Yam - terima kasih kerana sekali sekala bergilir dengan Fiza belikan makanan untuk Aku walaupun Aku tak makan. Yang jadi posmen kengkawan lain yang kirim makanan untuk Aku walaupun Aku tak makan. Urut setiap kali badan dan kepala Aku sakit. Papah Aku ke sana sini.

Azkil, Mustofa, Rina, Has, Cha Cha - terima kasih kerana sentiasa ingat untuk kirimkan makanan sepanjang Aku sakit. Dalam bilik Aku penuh dengan makanan - tak termakan! Aku tak makan orang lain yang makan bhahaha. Suka bila hari-hari dapat air kelapa. Macam mana la korang boleh belikan kelapa fresh hari-hari, mahal kottt!

Eric - terima kasih kerana berkeras dan follow  Aku curi-curi ke klinik. Bercakap bagi pihak Aku ketika pertama dan kedua kali Aku pengsan. Bawa dan temankan Aku ke hospital sepanjang rawatan. Masakkan herba dan makanan sepanjang Aku sakit. Beli bekalan ubat dan supplement  yang macam-macam supaya Aku cepat sembuh. Untuk inhaler  ketika Aku tiba-tiba tak boleh bernafas. Bla bla bla bla bla bla.

Tak lupa juga kepada beberapa pemandu GrabCar yang berikan servis ekstra, pekerja di airport  Subang, orang-orang awam yang Aku tak tahu namanya yang telah hulurkan tangan ketika Aku di airport. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan korang pada Aku berbanding Aku sendiri. Moga korang sentiasa diberkati dan dalam rahmat NYA. Terima kasih sekali lagi..

No comments :

;