HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

18 April 2016


- 24 April 2016 -
Assalamualaikum

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri (^_^)
Semoga diberkati usia & dirahmati kehidupan
SEMOGA SEMOGA SEMOGA
Dilimpahi kebaikan seluas lautan +++

Awalnya, Aku sangka 18 April tahun ini pasti hambar dan kekurangan. Makanya Aku malas nak fikir. Tak terasa nak raikan memandangkan banyak lagi perkara yang lebih utama dari meraikan usia yang semakin meningkat tapi tapi tapi *tak terungkap* Fikiran negatif Aku nyata meleset. Allah sayangkan Aku, nak Aku rasa gembira, berikan Aku rasa bahagia dengan cara lain. Alhamdulillah. Sungguh nikmat Allah tu datang dengan cara yang tak disangka.

1. Aku terima hadiah sempena 18 April dari seorang kawan seawal 15 hari sebelum tarikh lahir. Aku suka hadiah tu. Kerana Aku sangat perlukan hadiah yang Aku terima tu, pada ketika tu. Terima kasih kawan atas keprihatinan dan kebaikan kau.

2. Bercuti dan meraikan bersama anak, emak dan adik-adik - selepas sekian lama.. Tahun 2016 ni Aku raikan 18 April bersama mereka. Kegembiraan yang 'hidup' dan tak ternilai berkumpul bersama keluarga. Sungguh.

Hadiah - Dari Armand Aku terima power bank. Dari Intan & Shahrul Aku terima belanja 'makan besar' di Sungai Petani. Plus blous dan skirt labuh dari Intan. Dari Emak 'makan besar' pilihan Aku di Langkawi. Semuanya Aku suka terutama makannn! OK Aku ingat itu saja untuk 18 April 2016. Rupanya...

3. Sebaik balik dari bercuti dan mula bekerja, Aku terima kejutan 18 April di tempat kerja pulak! Bila ingat balik hari tu; dorang dok tanya + panggil Aku "Kak dah siap ke? Cepat laaa" Tapi Aku diam buat derkkk je sebab dok tulis repot + kira duit. Dah siap, Aku bangun dari tempat Aku - ternampak dorang semua berkumpul dengan kek atas meja.

Tergamam kot masa tu. Bila dorang nyanyikan 'Allah Selamatkan Kamu', mata Aku dah rasa macam basah jeee. Masa ni Aku dah sebak. Errr.. dapat lagi hadiah! Aku dok fikir tak ada siapa nak sambut apalagi nak bagi hadiah sempena 18 April kat tempat keje sebab Aku garang kottt. *huhuhu* Terima kasih semua...




4. Ucapan - macam biasa terima call/SMS/WhatsApp/FB/Messengger dari kengkawan plus kastemer customer simkad. Ayat macam jual barang je bhahaha. Terima kasih atas tanda dan ingatan korang dalam bentuk apa sekalipun sempena 18 April 2016.

Kesimpulan - Boleh dikatakan 18 April tahun ni adalah yang best selepas sekian lama kerana terlalu ramai yang ada dan meraikan bersama dengan Aku. Fikiran negatif Aku ternyata silap. Aku mungkin hidup bersendirian tapi Aku tak pernah kesorangan kerana ada ramai orang disekeliling Aku. 

Bersendirian dan kesorangan adalah 2 keadaan yang berbeza. Dan bersendirian dan kesorangan itu bukan la suatu yang dahsyat. Aku belajar sesuatu (banyak sebenarnya) yang Aku tak berpeluang sedar dan tahu ketika 'berdua' sebelum ini. Mungkin itu la hikmah bersendirian dan kesorangan. 

Alhamdulillah. Dulu Aku punya teman tapi sentiasa bersendirian dan kesorangan. Kini Aku hidup bersendirian dan kesorangan tapi tak pernah rasakan begitu kerana disekeliling Aku ramai. Perbezaan antara bersendirian dan kesorangan dulu dan sekarang, syukur ia lebih baik dan semakin baik pada ketika ini.

No comments :

;