HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Lelaki Tua Berkain Pelikat


- 24 Jun 2014 - 

Assalamualaikum & Salam Mesra.

*entri copy paste*

Terjumpa satu artikel menarik oleh Resepi Bonda. So Aku copy paste artikel tu di blog ini untuk rujukan sendiri kelak. Ia adalah coretan Dato' Roslan Ab Hamid mengenai seorang lelaki tua berkain pelikat, seorang tokoh berjaya yang ditemuinya. Dari perkongsian lelaki tua itu, beliau kongsikan pula dengan umum. Coretan yang sangat menarik hati. Terima kasih kepada Dato' Roslan Ab Hamid atas perkongsian yang sungguh bermakna. Moga ianya bermanfaat kepada semua pembaca blog NY ini juga.




Rahsia Lelaki Tua Berkain Pelikat

1. MULIAKAN IBU BAPA. Doa ibubapa adalah segala-galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul. Raikan ibubapa. Jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. JAGA MASA. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan. Hadirkan diri di masjid sebelum azan. Tiba waktu, terus tunaikan solat. Selesai solat bertebaranlah mencari rezeki.

3. BERDOA dengan khusyuk. Serah pada Allah. TAWAKAL. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena USAHA. Usaha pagi petang siang malam/ Usaha sungguh-sungguh. Usaha bermula dengan memasang niat. Selepas itu BUAT BUAT BUAT, sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca Al-Quran. Nasihat beliau

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi, jika membaca surah Al-Iklas tiga kali akan mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran. Rasulullah SAW pernah bertanya;

"Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam masa 2,3 minit?" Tiada seorang pun dari sahabantnya yang menjawab. Malah Umar Al Khattab RA telah mengatakan adalah mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Lalu Ali Abi Talib RA pun membaca surah Al-Iklas tiga kali dan Rasullullah menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, khatamlah Qur'an kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran. Sabda Rasullulah "Sesiapa membaca 'Qul huwAllahu Ahad' sebanyak tiga kali, dikurnikan pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam"

Beliau sendiri berkata, mulutnya tidak berhenti baca surah Al-Ikhlas. Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari. Dan setiap selepas Asar, dia iktikaf dan baca Al-Quran.

5. JAGA KESIHATAN. Jaga kesihatan. Jaga kesihatan. Banyakkan berjalan kaki. Banyakkan minum air masak atau air mineral. JAGA MAKANAN.

6. Hidup kena buat TARGET. Ada WAWASAN. Ikat Perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan di kedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai, jika bersih masuk. Di situ kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.

7. WAKTU MAGHRIB USAH ATAS JALAN. Apabila dalam perjalanan, berhenti, cari masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara Maghrib dan Isyak untuk tuntuk ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar, boleh juga baca kitab. Selepas Isyak buat kira-kira untung rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting, kita rangkak panjat bangunan, tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari-hari perjalanan, yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca 'ayat-ayat pengasih'.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit, jatuh, dihina. Semua, termasuk Rasulullah SAW, namun baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. NIAT MAHU KAYA. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempat la surat tu. Maka tulis alamat yang betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

1 comment :

Kakzakie Purvit said...

Sambut salam perkenalan kembali dari kakak.
Sungguh satu resepi kehidupan yg boleh diamalkan.
Kalau diperhatikan bukan susah kalau ada kemahuan.
Bersama kita jadikan renungan dan praktikkan dlm kehidupan kita - Insya-Allah boleh

;