HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Bye Tasty Touch


- 28 Februari 2020 -

Assalamualaikum

Gambar kenangan TT Trip 2018 @ Tambun Lost World

 Finally, Aku berhenti kerja!
*tarik nafas lega - fuhhh*

Alhamdulillah.. Terasa satu beban besar jatuh terjelepuk dari bahu yang tergalas selama 5 tahun! LEGA. Betapa bahagianya rasa bila terjaga dari tidur harini dan sedar Aku tak lagi bekerja di Tasty Touch. Terasa tenang dan aman. Suatu perasaan yang dah lama Aku tak rasa sejak bekerja di Tasty Touch. Takda lagi kelam kabut dengan waktu kerja yang tiada had dan tak menentu masa. Takda lagi terkejar-kejar buat beberapa kerja dalam satu masa kerana kekurangan pekerja. Takda lagi stress, letih kepenatan lesu tahap gaban kerana waktu kerja yang panjang yakmat. Takda lagi gertak dan ugutan atau pilihan diberikan pada Aku bila melibatkan soal anak/famili. Suatu kelegaan yang tak terungkap dengan kata-kata bila tak perlu melalui semua tu lagi. Cuma.. Ah takpa la. Yang sakit dan tak best tu biar la Aku simpan senidri. Dunia - saat kita diperlukan - dan bila kita tak lagi diperlukan. Dont worry dont sad Tyara. Entah apa yang menunggu Aku di luar sana kan? 😊 Aku nak tukar bidang! Penat ahhh F&B 15 tahun 😅


Baca Selanjutnya " Bye Tasty Touch "

Menjelang Usia 40 Tahun


- 18 Januari 2020 -

Assalamualaikum

*Perkongsian dari FB*



Tenang di penghujung usia 30-an


Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah menginjak ke usia 37 tahun ke atas ni, memang temper selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun nak melenting. 


Asyik melenting saja!


Tapi bila saya yang berada ditempat mereka sekarang ni, barulah saya faham. Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap tertinggi. Kaw-kaw punya!


Usia 36, 37, 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba semak diri sendiri.


Di usia itu jugalah penentu bagaimana sikap kita nanti apabila mencecah usia 40 tahun!


Panggg!!!


Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahun lah ujian datang bertalu-talu.

  • Kesihatan
  • Keluarga
  • Sahabat
  • Kerjaya
  • Ibubapa
  • Adik-beradik
  • Ipar duai
  • Kebendaan

Sampai kalian akan rasa tak cukup tanah nak berlari !


YOU HAVE TO FACE IT !


Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada yang rumahtangga gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.


Masa inilah ada yang berada dalam keadaan dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang dibeli 5 tahun lepas dah kena repair sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. Ya! Usia 36 tahun sehingga 39 tahun ini adalah kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

  • Menguji keimanan
  • Menguji kesabaran
  • Melatih diri dengan redha dan ikhlas
  • Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan
  • Mengajar diri menjadi lebih beriman

KENAPA? KENAPA SEMUA INI BERLAKU?


Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah


ALLAH SAYANG...

DIA menjemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meningggalkan usia fasa muda yang lalu.


Dia nak kita sujud dan Istighfar kepada NYA atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?


Masuk saja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

  • Hati lebih sabar
  • Hati lebih tenang
  • Hati lebih ikhlas
  • Hati lebih tawadhuk
  • Hati lebih bahagia
  • Hidup lebih sempurna
  • Hidup lebih nampak arah tujunya
  • Hidup lebih mensyukuri nikmat dan redha dengan kekurangan

KERANA ALLAH SAYANG, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.


Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak mengeluh. 


Itu pun.. Jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum 40 tahun'. Take a second to think about how bless you are. 


Tapi jika kita asyik mengulang kesilapan yang lepas, di usia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sajalah. RUGI. 


Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 tahun sebagai Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.


Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah SABAR. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah TAHAJUD. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan YANG MAHA ESA.


Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita kan mula buat pilihan, BUANG ATAU KEKAL. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.


Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya.


Tuhan sudah bagi pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ni boleh bertambah dan berkurangan, itulah fungsi ujian!


Baca Selanjutnya " Menjelang Usia 40 Tahun "

Selamat Tahun Baru 2020


- 1 Januari 2020 -

Assalamualaikum



Alhamdulillah. Tulisan pertama untuk tahun 2020 - Selamat Tahun Baru 😊
Semoga tahun 2020 ni akan memberikan sejuta kebaikan kepada Aku dan kepada kita semua. 

Tahun ni Aku merancang untuk berhenti kerja. Masih 50/50 untuk berhenti kerja kerana keadaan kesihatan Armand tak berapa baik dan masih perlukan rawatan susulan. Doakan kesembuhan buat Armand dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuknya, dan juga untuk kita semua. Dan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan dalam rahmat Nya selalu, Aminnn. Insha Allah akan ada masa untuk kembali aktif menulis blog selepas ni 😉

Baca Selanjutnya " Selamat Tahun Baru 2020 "

Selamat Tahun Baru 2019


- 1 Januari 2019 -

Assalamualaikum.


Belek 3 post terakhir blog ni,

Eh? Selang satu post je ucapan tahun baru 2018. Nampak sangat dah lama tak tulis blog. Haaa tu dia baru perasan teruk betul dia punya sibuk kerja. Tu yang terkeluar ucapan tahun baru macam tu kat Facebook. Ucapan dalam keadaan stress tu. Okey Selamat tahun baru kepada semua yang pembaca blog Tyara NY. Semoga tahun 2019 memberikan sejuta kebaikan kepada kita semua. Semoga Allah izinkan dan kurniakan buat kita.

Alhamdulillah, pembuka tahun 2019 yang bermakna untuk Aku bila dapat bawa Armand tinggal bersama. Suatu yang Aku harap-harapkan dan tunggu selama ni jadi kenyataan. Itu part yang indah. Part yang tak indah, Aku masih lagi bekerja di TT. Serius penat sangat. Seolah-olah kerja ni takkan habis. Entah bila nak habis. Tekanan kerja makin bertambah. Rasa enjoy bekerja dah bertukar menjadi rasa beban. I'm not happy with my job anymore. 

Tak duduk diam, tak sekadar menerima dan menahan rasa tentang kerja, Aku usahakan sesuatu. Persiapan sebelum berhenti kerja a.k.a hilang pendapatan tetap. Banyak plan. Aku plan, Aku buat. Aku plan, Aku buat. Aku plan, Aku buat. Jadi tak jadi belakang kira. Berjaya atau tak pun belakang kira. Yang penting first step, yang penting buat. Bila jatuh Aku bangun. Ditolak dan dijatuhkan pun Aku bangkit semula. Memang sakit. Makin sakit semakin Aku berusaha dan bersemangat. Sebab Aku dah tak mampu, tak tahan berterusan kerja  memudaratkan diri sendiri. .

Harapan Aku, semoga apa yang diusahakan akan menjadi dan berjaya tahun ni. Plan, buat, plan, buat, plan, buat. Kena buat sampai jadi jugak! Errr.. kalau korang terbaca tulisan ni, sudi-sudikanlah doakan untuk Aku. Berbisik dalam hati pun tak apa. Semoga ada bahagian yang sama untuk korang juga. Thanks in advance 💗


Baca Selanjutnya " Selamat Tahun Baru 2019 "

Doa Dhuha






اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

اللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقي فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


Ertinya;

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, kepujian yang sesuai mensyukuri nikmatnya, dan memohon kelebihannya. Ya Tuhan kami, bagi MU segala puji, yang selayaknya dengan kebesaran MU dan kekuasaan MU, kesejahteraan dan keselamatan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta seluruh keluarga dan sahabatnya seluruhnya.

Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha MU, kecantikan ialah kecantikan MU, keindahan itu keindahan MU, kekuatan itu kekuatan MU, kekuasaan itu kekuasaan MU, dan perlindungan itu perlindungan MU. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan MU, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba MU yang soleh.


Baca Selanjutnya " Doa Dhuha "

Selamat Tahun Baru 2018


- 1 Januari 2018 -

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2018



TERSURAT dan TERSIRAT.

Semoga lebih baik dari sebelumnya.

Macam dah lama sangat tak menulis. BZ kerja 😑

Moga tahun ni ada banyak masa untuk diri sendiri 😊

Baca Selanjutnya " Selamat Tahun Baru 2018 "

16 Mei 2017


- 19 Mei 2017 -

Assalamualaikum.

A day before..




Subuh Sampai Alor Star > terus ambil kereta sewa > pergi UITM ambil jubah > melilau cari homestay > jemput Armand & mak kat jeti Kuala Kedah > nampak sawah padi dak Leha nak bergambar > singgah Aman Jaya Mall beli buku Armand > makan malam > balik homestay > rehat + tidor untuk hari esok. Pehhh serius penat letih lesuuu!

_________________________________________________________________________________________


- 16 Mei 2017 -



Alhamdulillah..

16 Mei 2017

Adik graduated!
Ulangtahun kelahiran Abah..

Tahniah adik!
10 tahu berlalu..
Al-fatihah Abah, Yahya Ahmad.



Lepas ni giliran Armand pulak 😃


Baca Selanjutnya " 16 Mei 2017 "

Tuntutan PERKESO/SOCSO


- 15 Mac 2017 -

Assalamualaikum.

WARIS PENCARUM SOCSO KENA AMBIL TAHU INI.



TAHUKAH ANDA?

Jika berlaku kematian kepada pencarum  sebelum berusia 60 tahun, anak-anak si mati yang berusia bawah 21 tahun layak mendapat elaun bulanan sehingga berusia 21 tahun atau sehingga berkahwin (yang mana terdahulu). WARIS SI MATI IAITU ISTERI AKAN MENDAPAT ELAUN BULANAN SEPANJANG HAYAT.

Pencarum yang meninggal dibawah usia 60 tahun dan memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman; balu/ duda/ anak-anak dibawah usia 21 tahun kepada si mati akan mendapat faedah PENCEN PENAKAT diantara 50% - 60% dimana jumlah peratusan ini dikira adalah berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar oleh pencarum dari mula bekerja sehingga bulan sebelum kematiannya.

Manakala gaji yang diambil kira pula adalah berdasarkan gaji purata pencarum bagi tempoh 24 bulan sebelum kematiannya. Pecahan bayaran pencen pula adalah sebanyak 3/5 kepada balu/duda dan 2/5 kepada anak sehingga mencapai usia 21 tahun jika belum berkahwin atau sehingga habis ijazah pertama jika masih belajar.

Oleh kerana pengiraan dibuat berdasarkan jumlah caruman yang telah dibayar, jika pencarum telah berhenti kerja sekalipun dan jumlah carumannya memenuhi syarat kelayakan caruman, maka TUNTUTAN UNTUK PENCEN PENAKAT ini masih layak. Tapi jika sekiranya carumannya tidak memenuhi syarat kelayakan caruman, maka tuntutan yang dibuat adalah dikira tidak layak. Syarat-syarat kelayakan caruman ini termaktub dan dijelaskan dalam AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969.

Salah satu syarat kelayakan caruman bagi PENCEN PENAKAT ini ialah pencarum mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun caruman. PENCEN PENAKAT ini adalah di bawah SKIM KEILATAN yang melindungi pekerja dari keilatan/penyakit yang serius dan juga kematian biasa yang bukan akibat dari pekerjaannya.

Tetapi bagi SKIM BENCANA PEKERJAAN yang melindungi kemalangan atau kematian atau kematian yang berlaku daripada pekerjaan pula, syarat kelayakan adalah berbeza. Sebagai contoh - pekerja yang telah menerima tawaran pekerjaan walaupun belum mambayar caruman kemudian telah ditimpa kemalangan sewaktu bekerja/dalam perjalanan pergi atau balik kerja, atau dalam perjalanan ketika melakukan pekerjaan, maka pekerja tersebut adalah layak membuat tuntutan tanpa mengira jumlah caruman yang/atau belum dibayar olehnya. 

Untuk penjelasan yang lebih jelas dan tepat berkenaan tuntutan PENCEN PENAKATPENCEN ILAT dan SKIM BENCANA PEKERJAAN, boleh dapatkan info di laman web PERKESO atau terus ke pejabat PERKESO berhampiran. Ekstra - Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan gagal mencarum untuk pekerjanya dengan PERKESO. Jangan lupa semak status pendaftaran/caruman di mana-mana pejabat PERKESO atau secara online di eSemak.


Baca Selanjutnya " Tuntutan PERKESO/SOCSO "

Al-Fatihah | Puad B. Othman


- 9 Mac 2017 -

Innalillahi wainnailaihi ra'jiun.

Gambar tahun 2013 : Aku & Pak Long.

Al-Fatihah buat Puad B. Othman.

Arwah Paward @ Puad B. Othman yang Aku panggil Pak Long adalah adik beradik Emak.
Pak Long telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 11am pada 8 Mac 2017 - di rumah Kak Ani (Noraini Puad) di Batang Kali kerana sakit tua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

*will be missing you  Pak Long*

_________________________________________________________________________________________

#throwback

Menggamit memori ketika Aku masih anak kecil..


Dulu.. setiap kali cuti sekolah Aku mesti balik kampung duduk dengan arwah Atuk & Nenek. Adakalanya diikuti sepupu sepapat yang lain. MERIAH! Pak Long pasti ada kerana Pak Long memang tinggal bersama dengan Atuk & Nenek. Sesekali Pak Long akan balik rumahnya yang tak jauh dari rumah Atuk & Nenek. Terseyum bila menggamit memori tu. Sangat-sangat indah. Dan yang indah itu adalah keakraban kami sebagai keluarga besar GOS.

Dari kecil sehingga la ke akhir hayat Pak Long, dia melayan Aku dan anak-anak buah yang lain dengan sangat baik. Bukan hanya dengan famili malah dengan sesiapa pun. Dia sangat baik. Dia seorang yang penyayang, sangat penyabar, kelakar, soft spoken dan sangat la handal memasak. Pak Long mengajar Aku banyak perkara sewaktu duduk bersama Atuk & Nenek. Terlalu banyak untuk dikenang. Terkesan dalam diri Aku sehingga ke hari ni..

Dulu.. Pak Long akan bercerita pada Aku sebelum tidur.  Bercerita tentang sejarah keluarga dan keturunan. Tentang kampung halaman dan moyang terdahulu. Tentang Pak Long dan adik beradik sewaktu kecil. Tentang kehidupan zaman penjajahan. Tentang pengalamannya memasak di kem tentera. Tentang orang-orang alim dan warak. Ahhhh terlalu banyak untuk Aku nukilkan disini. Bermacam-macam kisah. Dia sentiasa bercerita dalam lingkunan kisah tu walaupun Aku masih kecil untuk memahami cerita-cerita tu. Masa berlalu, banyak kisah yang Aku pun dah lupa..

Pak Long adalah orang pertama yang mengajar Aku memasak. Masakan yang simple sesuai dengan usia Aku ketika tu. Setiap kali balik kerja dia pasti belikan sesuatu untuk Aku. Tak pernah lupa. Paling tidak pun gula-gula susu kesukaan Aku. Antara yang Aku tak boleh lupa, Pak Long bawa balik arnab yang dia sendiri panggang untuk Aku. Sedappp sangat! Itu pertama kali aku makan arnab. Sesekali Pak Long bawa Aku ke rumah kehet - rumah papan kecil 1 bilik tempat Pak Long, Emak dan adik-beradik membesar. Adakalanya Aku bosan di rumah, Pak Long akan bawa Aku bersama pergi kerja. Bila ada kelapangan atau hujung minggu Pak Long pasti bawa Aku mandi sungai atau memancing sekitar Kuala Kubu Bharu. Hatta pergi melepak kedai kopi dengan kawan-kawan pun Pak Long akan bawa Aku. Sebak bila menggamit semua memori tu. Menerbitkan rasa rindu pada waktu dulu..

Sebahagian kehidupan Aku diwarnai Pak Long. Dari kecil sehingga besar. Pak Long tetap Pak Long yang sama  seperti ketika Aku kecil dulu. Aku tetap dapat bermanja dengan Pak Long. Tetap mendapat layanan yang sama seperti ketika Aku masih kecil dulu. Cumanya.. seiring masa berlalu, sejak Atuk & Nenek meninggal dan Aku semakin membesar, Aku tak lagi balik kampung bila cuti sekolah dan jarang berjumpa Pak Long. Sesekali Aku dan adik-adik akan ziarah Pak Long. Adakalanya kami bersua bila ada kenduri kendara. Yang pasti setiap kali Aidilfitri pasti berjumpa Pak Long. 

_________________________________________________________________________________________


#Epilog

Beberapa tahun ni Pak Long kerap jatuh sakit dan pulih semula. Beberapa kali Pak Long dimasukkan ke hospital. Bila berpeluang jumpa dengan Pak Long, pasti diminta Aku mengurut kaki dan belakangnya yang lenguh sakit. Pak Long tak selincah dulu. Tak banyak bercakap atau bercerita macam dulu. Hanya senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Kali terakhir Aku berjumpa Pak Long sewaktu di majlis kahwin cucunya Shakila - 28 Februari 2017.  Pak Long sukar berdiri. Bertongkat. Terketar-ketar. Namun Pak Long sempat pergi umrah bersama anak, menantu, adik dan anak-anak buah sebelum jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital sekali lagi.

Seminggu selepas keluar wad dari ICU, Pak Long pergi mengadap Ilahi. Pak Long pergi dengan tenang, mudah. Sayu dan sebak disaat Pak Long hembuskan nafas terakhir. Pak Long pandang adik-adik, anak dan cucu yang ada dengannya ketika tu. Pak Long pegang tangan Mak Su dan letakkan atas dada Pak Long dan hembuskan nafas yang terakhir. Alhamdulillah, tanpa kesulitan. Jenazah Pak Long dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Kubu Road berdekatan pusara Atuk & Nenek. Aku akan merindui Pak Long. Al-Fathihah..


Baca Selanjutnya " Al-Fatihah | Puad B. Othman "
;