HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Ketam Goreng Tempura


- 18 November 2011 -

Resepi : Tyara NY
Kategori : Lauk Pauk | Ketam
Saiz Hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Masak ketam hari ni. Ketam tangkap sendiri okey! Kalau nak belajar tangkap ketam cara GYF boleh baca entri Cari Siput & Ketam. OK ketam yang kami tangkap semalam adalah anak ketam bunga. Kecik je saiz dia. Bukan ketam besar. Hasil tangkapan semalam penuh la sebesen, lebih kurang 3kg. Oleh kerana anak ketam ni kecik + tak ada isi, cara masak yang paling sesuai adalah goreng. Rasanya lembut tapi rangup! Macam makan keropok ikan tapi rasa ketam. Cicah pulak dengan sos thai, pergghhh memang layan laaa!



- Bahan-Bahan -

*Ketam
*Tepung Nona/Gogi
*Telur - 2 biji
*Lada Hitam - secukupnya
*Air - secukupnya
*Garam - secukupnya
*Minyak untuk menggoreng


- Cara Membuat -

1. Bersihkan ketam dan toskan
2. Bancuh tepung dengan telur - kacau rata
3. Masuk sedikit air untuk cairkan adunan - kacau rata
3. Masukkan garam - kacau rata
4. Masukkan ketam dalam adunan - perap l/k 15 minit
5. Goreng dengan minyak banyak sehingga kekuningan - SIAP!





Tiada ulasan :

;