HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Koktel Buah-Buahan Intan


- 27 Disember 2012 -

Resepi : Intan Zale
Katgori : Pencuci Mulut | Koktel
Saiz Hidangan : 3 - 4 orang


Sipnopsis : Cuaca kat Langkawi panas terik! Mengalahkan cuaca panas kat KL yang dikelilingi bangunan batu yang tinggi. Kami anak beranak dok ulang makan aiskrim untuk rasa sejuk, sejukkan badan (",) Dari aiskrim potong ke aiskrim tub kecik. Dari tub kecik sampai la tub besar! Panas sungguh cuaca. Tiba-tiba Intan dapat idea nak buat koktel. Maka kami pun ke pekan beli bahan-bahannya. Bahan tak banyak, buatnya pun senang sangat. Simple je tapi sedappp! Memang sesuai nikmati di kala cuaca panas (*_^)



- Bahan-Bahan -

*Buah-buah dalam tin - 2 tin
*Susu cair Ideal - 2 tin
*Ais hancur - secukupnya


- Cara Membuat -

1. Masukkan buah-buahan dalam tin dan susu cair ke dalam bekas besar - kacau rata.
2. Ceduk dan tuangkan dalam mangkuk dan masukkan ais hancur - SIAP!




Nota : Boleh sejukkan dalam peti sejuk dulu sebelum nikmati. Ais hancur jangan dilupakan walaupun koktel memang sejuk. Boleh juga guna ketul ais tapi tak berapa best la sebab tak dapat kunyah + dengar bunyi krup krap krup krap mengunyah ais *hehehe* Nak sedap lagi? Aku cuba tambahkan minuman yogurt berperisa *bluberi* Sedap wooo! Terima kasih Intan sebab kongsi resepi koktel ni (^_^)


Tiada ulasan :

;