Sinopsis : Selain roti Gardenia, tepung gandum adalah stok bahan yang WAJIB, sentiasa ada kat dapur. Boleh dikatakan tepung adalah makanan asasi ke-2 Aku selepas beras. Diet tapi Aku kuat makan kottt. Untuk mengelakkan makan nasi atau makanan heavy, roti atau tepung la sumber makanan Aku berulang-ulang. Baik roti ke tepung ke, macam-macam jenis hidangan boleh jadi kan? Ok kali ni Aku nak kongsi resepi lempeng yang selalu Aku buat. Walaupun dalam 'mood diet' sepanjang tahun, biar la makanan yang dimakan tu berzat hatta ia adalah tepung gandum sekalipun kan? Say no to junk foods okey!
- Bahan-Bahan -
*Tepung gandum - 1½ cawan
*Susu UHT - 1 kotak kecil
Madu - 3 camb
*Air masak - secukupnya
*Garam - secukupnya
*Minyak masak - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Bancuh tepung gandum dengan susu menjadi adunan bater.
2. Masukkan madu dan garam - gaul sebati.
3. Panaskan pan dan masukkan minyak masak.
4. Tuangkan ½ cawan adunan bater ke dalam pan - ratakan seluruh pan.
5. Terbalikkan dan masakkan bahagian satu lagi. SIAP!
*Tepung gandum - 1½ cawan
*Susu UHT - 1 kotak kecil
Madu - 3 camb
*Air masak - secukupnya
*Garam - secukupnya
*Minyak masak - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Bancuh tepung gandum dengan susu menjadi adunan bater.
2. Masukkan madu dan garam - gaul sebati.
3. Panaskan pan dan masukkan minyak masak.
4. Tuangkan ½ cawan adunan bater ke dalam pan - ratakan seluruh pan.
5. Terbalikkan dan masakkan bahagian satu lagi. SIAP!
Nota : Biasanya kuantiti tepung tu Aku ngam-ngamkan dengan sekotak susu. Kalau adunan agak pekat likat, baru tambahkan air. Tapi sebolehnya Aku elakkan tambah air sebab nak lempeng kaya rasa susu je. Susu tu Aku guna yang penuh krim (Dutch Lady). Nak lebih rasa manis tambahkan madu. Minyak masak boleh gantikan dengan marjerin. Kalau marjerin Aku guna brand Ballantyne. OK! Nikmati lempeng dengan cicah gula atau madu atau sos coklat. Selain pencicah manis tu, boleh je cicah dengan sambal ke, kuah kari ke, kuah masak lemak ke. Dah faham kenapa Aku selalu masak lauk berkuah? Hehehe.
No comments :
Post a Comment