HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Terung Bakar Lada Hitam


- 13 Oktober 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Sayur
Saiz hidangan : 2-3 orang

Sinopsis : Melawat kedai runcit. Dah tengahari, sayur yang ada pun tak berjenis dah. Aisehhh (-,-)" Dah la tak berjenis, yang tinggal semua 'hidup segan mati tak mau'. Yang cantik elok rupa cuma terung bulat je. Boleh la, lama tak makan terung bulat. Bila nak masak tak ada idea nak buat masak apa pulakkk! Tapi masak juga la. Main capai-capai je bahan then tau-tau dah siap. Eh? Jadi la Terung Bakar Lada Hitam. Sedap okey! Rangup diluar lembut didalam dengan rasa lada hitam++ Alhamdulillah..



- Bahan-Bahan -

*Terung bulat - 2-3 biji (potong 6)
*Bahan tumis - secukupnya
*Lada hitam - 1 camb (ditumbuk)
*Cili padi - 2-3 biji (ditumbuk)
*Serbuk kunyit - secukupnya
*Garam - secukupnya

- Cara Membuat -

1. Gaul terung dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Campurkan semua bahan tumbuk, gaulkan dengan terung - perap seketika.
3. Panaskan minyak masak dalam magic pan.
4. Masukkan dan susunkan terung dalam magic pan - bakar hingga masak.
*balik-balikkan terung supaya semua bahagian masak*


No comments :

;