HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Daging Lada Hitam NY


- 15 Oktober 2013 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Lauk Pauk | Daging
Saiz hidangan : 3-4 orang

Sinopsis : Heee lama tak masak daging! Asyik ayam ayam ayam ayam je (-,-)" Okey baru-baru ni sempena cuti Aidiladha Aku jadi tukang masak sebab adik-adik semua kalut dengan anak kecik masing-masing. Alhamdulillah adik-adik ipar Aku tak cerewet bab makan. Aku masak apa je pun dorang makan, cakap sedap, tanya macam mana masak. Dan atas permintaan famili GYF, Aku kongsikan resepi yang diminta, yang dimasak semasa cuti Alidilaha hari tu untuk rujukan adik-adik ipar, diri sendiri dan umum. Okey Aku mulakan dengan resepi Daging Lada Hitam.



- Bahan-Bahan -

*Daging lembu - 3 cawan (potong kiub)
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar) x2
*Lada hitam - 1 camb (dikisar) x2
*Daun duri belanda - 1-2 helai (hiris halus)
*Halia - 1nci (hiris halus)
*Daun nangka - 3 helai
*Madu - 6 camb (bahagi 2)
*Garam - secukupnya


- Cara Membuat -

1. Goreng bahan tumis hingga naik bau dan garing.
2. Masukkan lada hitam, kacau rata - biarkan seketika.
3. Masukkan daging, daun nangka dan 2 cawan air.
4. Renih daging dengan api perlahan hingga air kering separuh.
5. Masukkan madu dan daun duri belanda - kacau rata.
6. Perasakan dengan garam - SIAP!


Nota : Disebabkan Armand dan adik-adik Aku minta masak lagi, Aku ulang masak Daging Lada Hitam ni dengan cara lain. Perap daging dengan madu. Sementara tu goreng bahan tumis dan lada hitam sehingga naik bau dan garing. Ambil separuh bahan tumis yang digoreng tu dan perapkan daging selama 45 minit. Kemudian goreng daging dengan separuh lagi bahan tumis hingga kering. Seterusnya ikut langkah no. 3 sampai habis. Weee! Cara ni rasa daging tu sangat la sedap! Serius. Hari-hari Aku masak Daging Lada Hitam ni sebab Armand dan Intan minta. 


No comments :

;