Sinopsis : Sambungan dari Daging Lada Hitam NY. Entri sempena cuti Aidiladha hari tu. Bila Aku sendirian memasak dan adik-adik ipar menjadi pemerhati dek sorang mak buyong yang alah dengan bau, sorang lagi baru bergelar ibu. Tapi tak apa, Aku enjoy je masak selama 5 hari tu bila setiap masakan Aku licin! Berselera, bertambah anak dan adik-adik makan. Seronok tengok! Okey kongsikan resepi ke-2 Sambal Sotong Aroma ni, permintaan adik ipar - Siti.
- Bahan-Bahan -
*Sotong - 1kg
*Bahan tumis - secukupnya (dikisar)
*Cili padi - ½ cawan (dikisar)
*Ikan bilis - ¼ cawan (dikisar)
*Belacan - 1 camt (dibakar/dikisar)
*Asam keping - 1-2 keping
*Daun duri belanda - 1-2 helai (hiris halus)
*Serbuk cili - 1 peket kecil
*Gula - 1 camb
*Garam - secukupnya
*Air - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Satukan semua bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Bancuh 1 peket serbuk cili dengan secawan air. Masukkan dalam bahan tumis.
3. Goreng hingga cili betul-betul masak dan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daun duri belanda dan asam keping - renih seketika.
5. Masukkan sotong, gula, garam dan sedikit air. Renih hingga masak - SIAP!
Nota : Daun duri belanda tu kalau tak ada pun tak apa. Daun duri belanda tu fungsinya macam daun ketumbar yang berikan aroma yang harum + menyedapkan lagi rasa makanan. Tapi daun ketumbar tak sesuai letak dalam sambal sotong. Mana nak dapat daun duri belanda? Daun duri belanda ni memang susah nak dapat sebab jarang ada jual kat pasar atau pasaraya. Daun duri belanda ni Aku petik kat kebun belakang rumah je. Kalau ada sesiapa yang nak benih dia, roger kat inbox Facebook ye.
No comments :
Post a Comment