Sinopsis : Entri terakhir resepi masak-masak sempena Aidiladha yang lalu - kali ni resepi Sambal Asam Kerisik atau Sambal Kerisik. Oleh kerana banyak menu bakar/panggang selama cuti Aidiladha, maka pencicah Air Asam atau Sambal Kerisik ni menjadi satu kemestian untuk melengkapkan menu bakar/panggang. WAJIB! Baru syiookkk! Ok Aku kongsikan resepi sambal Asam Kerisik yang Emak ajarkan. Alhamdulillah adik-adik komen rasanya seperti air tangan Emak *senyum simpul* Alaaa air asam je kot.. Tapi Aku suka bila adik-adik suka (*_^)
- Bahan-Bahan -
*Cili padi = ½ cawan (dihiris)
*Bawang besar - 1-2 biji (dihiris)
*Kerisik - ¼ cawan
*Belacan - seckupnya (dibakar)
*Asam jawa - ½ cawan (dibancuh)
*Air suam - secukupnya
*Garam - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Masukkan cili padi, bawang besar, kerisik, belacan dan garam dalam mangkuk.
2. Ramas asam jawa dengan air suam - asingkan biji asam jawa.
3. Tuang air asam jawa ke dalam mangkuk #langkah 1 - ramas/gaul hingga sebati - SIAP!
Nota : Belacan tu kalau tak nak bakar pun takpe. Kalau nak pedas tambah cili padi. Kalau nak masam lebihkan asam jawa. Kalau nak rasa lemak lebihkan kerisik tapi jangan banyak sangat (",) Sebaiknya rasa Sambal kerisik ni mesti la ada rasa pedas, masam, lemak yang konsisten, sama rata. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Ok! Sambal Kerisik ni kami jadikan pencicah daging lembu kurban - lidah lembu bakar, daging goreng/bakar, perut buat kerabu, tulang/ekor buat sup. Sedap sedap sedap! PUAS MAKAN. Eh terover la pulak. Ok bye.
No comments :
Post a Comment