- 15 Julai 2014 -
Resepi : Ummi Aira Walid
Olahan : tyara NY
Olahan : tyara NY
Kategori : Ayam
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis : Resepi ayam lagi? *huhuhu* Nak
buat macam mana. . Anak bujang tak berapa suka makan ikan, nak tak nak kena
adakan juga lauk ayam untuk dia. Mula-mula dulu macam blurrr je hari-hari masak
ayam – rotate semua resepi masakan
ayam (“,) Terkadang muak rasanya
ulang-ulang masakan yang sama. Ia ‘memaksa’ Aku untuk mereka dan mencari
pelbagai resepi. Tapi disebabkan itu la Aku dapat belajar dan mencuba pelbagai
resepi ayam. Bertambah koleksi resepi. Terima kasih kepada teknologi, terima
kasih kepada perkongsian maya! OK - kali ni Aku dapat resepi Ayam Bijan dari
blog Umi Aira Walid. Aku olah sikit mengikut citarasa kami. Alhamdulillah
menjadi dan sedappp sangat. Aku kongsikan resepinya – kalau nak versi asal sila
jengah ke blog Umi Aira Walid (^_*)
- Bahan-Bahan A -
* Isi Ayam - 2 cawan [potong kecil]
* Halia - 1 inci [parut halus]
* Sebuk Lada Hitam - secukupnya
* Garam - secukupnya
* Tepung Jagung - 1/3 cawan
* Tepung Beras - 1/3 cawan
* Tepung Ubi - 1/3 cawan
- Bahan-Bahan B -
* Minyak Bijan - 2 camb
* Bahan tumis - secukupnya
* Halia - 1 inci [parut halus]
* Sos Tiram - 2 camb
* Madu - 2 camb
* Sos Tomato - 2 camb
* Cuka - 1 camb
* Kicap Manis - 1 camb
* Air - secukupnya
* Garam & Gula secukupnya
* Biji Bijan - secukupnya [panggang]
* Halia - 1 inci [parut halus]
* Sebuk Lada Hitam - secukupnya
* Garam - secukupnya
* Tepung Jagung - 1/3 cawan
* Tepung Beras - 1/3 cawan
* Tepung Ubi - 1/3 cawan
- Bahan-Bahan B -
* Minyak Bijan - 2 camb
* Bahan tumis - secukupnya
* Halia - 1 inci [parut halus]
* Sos Tiram - 2 camb
* Madu - 2 camb
* Sos Tomato - 2 camb
* Cuka - 1 camb
* Kicap Manis - 1 camb
* Air - secukupnya
* Garam & Gula secukupnya
* Biji Bijan - secukupnya [panggang]
- Cara Membuat A -
1. Gaulkan isi ayam dengan garam, halia dan serbuk lada hitam - perap 30 minit dalam peti ais.
2. Salutkan ayam dengan 3 tepung dan goreng hingga warnya kekuningan dan rangup.
3. Toskan / keringkan minyak pada ayam.
- Cara Membuat B -
1. Goreng bahan tumis, halia dengan minyak bijan sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram, madu, sos tomato, cuka, dan kicap manis - renih seketika.
3. Masukkan air dan renih dengan api perlahan hingga sos memekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula - gaul rata dan matikan api.
5. Masukkan ayam dan salut rata ayam dengan sos. Taburkan bijan. SIAP!
2. Salutkan ayam dengan 3 tepung dan goreng hingga warnya kekuningan dan rangup.
3. Toskan / keringkan minyak pada ayam.
- Cara Membuat B -
1. Goreng bahan tumis, halia dengan minyak bijan sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram, madu, sos tomato, cuka, dan kicap manis - renih seketika.
3. Masukkan air dan renih dengan api perlahan hingga sos memekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula - gaul rata dan matikan api.
5. Masukkan ayam dan salut rata ayam dengan sos. Taburkan bijan. SIAP!
Nota : bahan-bahan; ayam tu Aku potong kecil dulu baru dapatkan sukatan 2 cawan. Untuk salutan ayam, kalau tak ada 3 jenis tepung, guna tepung jagung jeee. Ayam tu Aku perap awal pagi masa sahur. Dah siap sos, dah dekat waktu berbuka baru Aku goreng. Biar rangup! Sedap. Aku suka gabungan rasa halia dan bijan. Ada sedikit rasa manis juga. Ayam Bijan ni bila dah lama + sejuk akan jadi keras. Hhmmm. . . Tiba-tiba dapat idea! Next time buat Aku nak ubah cara masak. Dengan tambahan bahan juga. Aku nak jadikan resepi 2 dalam 1. Nanti Aku update + kongsikan bawah nota ni (^_^)
No comments :
Post a Comment