- 18 Julai 2014 -
Kategori : Kek
Sub Kategori : Kek Coklat
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
- Cara Membuat -
Sinopsis : Aku tengah Google resepi Kek Mentega sebenarnya. . . Entah macam mana boleh keluar resepi Super Moist Chocolate Cake blog Warong Cookies (",) Tengok gambar macam fuuuyoooh! So tertarik hati nak tengok resepinya. Ada perbezaan dengan kek coklat yang Aku buat dan kongsikan sebelum ni iaitu Kek Coklat Lembab Kukus dan Kek Coklat Lembab Munira. Dengan pengaruh pembuka ayat dari penulis Warong Cookies yang berbunyi "Coklat kek ni serious, the best and sedap" - teruja nak cuba! (*_^) OK. Aku nak ulang ayat pembuka oleh Warong Cookies "KEK COKLAT NI SERIUS SEDAP! MEMANG THE BEST!!" Tekstur kek yang sangat lembut gebu - Super moist! Kaya rasa coklat - Weee! Terima Kasih kepada Warong Cookies Dan pemilik asal resepi Chef Zubaidah via Kak Hasue kerana kongsikan resepi kek coklat yang super sedap ni (^_^) Pssttt; Aku ubah sikit cara masak, nak cepat!
- Bahan-Bahan Kek -
* Serbuk Koko - 100gm
* Gula Pasir - 200gm
* Susu Pekat - 250gm
* Susu Sejat - 1 tin
* Minyak Sayuran - 200gm
* Telur - 4 biji [pukul hingga berbuih]
* Soda Bikarbonat - 1camt
* Serbuk Penaik - 1camt
* Tepung Gandum - 150gm
- Bahan-Bahan Gnache -
* Whipping Cream - 1 cawan
* Dark Chocolate - 3 blok
* Gula Pasir - 200gm
* Susu Pekat - 250gm
* Susu Sejat - 1 tin
* Minyak Sayuran - 200gm
* Telur - 4 biji [pukul hingga berbuih]
* Soda Bikarbonat - 1camt
* Serbuk Penaik - 1camt
* Tepung Gandum - 150gm
- Bahan-Bahan Gnache -
* Whipping Cream - 1 cawan
* Dark Chocolate - 3 blok
- Cara Membuat -
1. Masak susu sejat, susu cair, minyak sayuran, serbuk koko dan gula hingga cair dan licin dengan api perlahan.
2. Masukkan telur dalam adunan bater - kacau rata dan tutup api.
3. Masukkan soda bikarbonat, serbuk penaik dan tepung sedikit demi sedikit - gaul sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
- Cara Membuat Gnache -
*sejukkan kek*
1. Didihkan whipping cream dan masukkan blok coklat - cairkan.
2. Curahkan atas kek atau jadikan sos ketika makan. SIAP!
2. Masukkan telur dalam adunan bater - kacau rata dan tutup api.
3. Masukkan soda bikarbonat, serbuk penaik dan tepung sedikit demi sedikit - gaul sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
- Cara Membuat Gnache -
*sejukkan kek*
1. Didihkan whipping cream dan masukkan blok coklat - cairkan.
2. Curahkan atas kek atau jadikan sos ketika makan. SIAP!
*Tips dari Warong Cookies : jika nak jadikan gnache ini sebagai hiasan atas kek (piped), sejukkan gnache dalam peti sejuk minimum satu jam. Cuba masukkan dalam piping bag dan press. Jika masih cair, sejukkan lagi.
Nota : bahan-bahan; Aku tak guna susu sejat, tak ada, so Aku gantikan dengan susu UHT. Minyak sayuran pun tak ada, so Aku gantikan dengan minyak masak. Soda bikarbonat Aku tak letak sebab tak ada (",) Guna apa yang ada je laaa. Telur tu Aku 'pukul' guna blender jeee, nak cepat. Aku bakar kek ni dalam magic pan lebih kurang 30 minit. Untuk hiasan, Aku taburkan chocolate rice selepas curahkan gnache. Tak cukup dengan tu, gnache tu Aku buat sos untuk celup/cicah kek! Walaupun ada bahan yang Aku tukar ganti dan tak letak, kek coklat ni masih weee! Nikmatnya sehingga terpejam mata (^o^)
No comments :
Post a Comment