HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Iftar di Hotel Langkasuka


- 12 Julai 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.




Hampir 2 minggu Ramadhan berlalu. Hanya 3x membeli kuih muih di param, selebihnya – lauk pauk dan juadah lain Aku masak sendiri. Hhmmm. . Teringin nak berbuka puasa kat luar la pulak! Armand pun dah bertanya (“,) Memandangkan tiada duit belanja sekolah untuk Armand sepanjang Ramadhan, Aku penuhi permintaanya sebagai ganti. Cadangnya nak nikmati juadah yang berbeza dari kebiasaan yang biasa dimasak – steamboat ke, bbq ke, makanan Jepun ke. . *bla bla bla* Ye la, kalau setakat nak makan masakan Melayu, baik Aku masak sendiri je kan?

Malang sekali sebab susah nak cari dan tak banyak pilihan kat Langkawi (-,-)” Hotel memang banyak tapi menunya lebih kurang sama jeee. Kalau ada pun harganya agak mahal atau mahal tak ingat! Bayar mahal-mahal tapi makan sepinggan je. Bukan kedekut atau berkira, cuma tak nak membazir. Rugi jeee. OK akhirnya kami tuju ke Hotel Langkasuka yang hidangkan buffet fusion Melayu-Cina. Ada lebih 60 jenis hidangan. Harganya pun berpatutan – RM24/dewasa dan RM17/kanak-kanak. Makanannya pun boleh tahan sedap. Yang penting dapat berbuka dan kenyang! Armand pun memanjang senyum. Makan sampai lebam (“,) Jenuh tunggu dia makan itu ini.

Eh? Tak ada gambar makanan. Tak kuasa nak bangun ambil semua gambar makanan. Dan tak kuasa juga nak ambil gambar sebelum makan atau berhenti makan untuk ambil gambar. Kami fokus nak makan jeee. Kalau bukan bulan puasa, okey kot nak bergambar bagai. Ini bukan review. Sekadar cerita untuk kenangan. Kelak kalau baca balik akan teringat Aku terpaksa ikat perut, jual tin kosong + surat khabar ++ Di suatu sudut yang lain, ada yang sedang bergembira dan bahagia berbuka puasa dengan makanan penuh semeja, mewah belaka, di samping keluarga tercinta yang semua orang tahu! Sekian.

No comments :

;