HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Ayam Goreng Ala KFC EA


- 30 Julai 2014 -

Resepi : Emir Armand
Kategori : Lauk Pauk
Sub Kategori : Ayam
Saiz Hidangan : untuk 2-3 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Hari-hari menu untuk lauk = ayam, ayam, ayam dan ayam dan ayam lagi dan lagi (*_*) Sampai kering idea nak buat ayam masak apa. Jenuh fikir nak reka resepi baru. Bila terpandang SERBUK ROTI – terus dapat idea! Mulanya nak buat ayam goreng salut serbuk roti jeee. Tapi Armand cadangkan buat ayam goreng macam KFC dan dia sendiri nak buat (“,) OK – resepi Ayam Goreng Ala KFC ni adalah gabungan idea resepi rahsia telur dadar Armand yang selalu dia buat untuk diri sendiri. Telur tu memang WAJIB ada. Dengan resepi rahsia telur dadar tu, Aku tolong Armand tolak tambah bahan-bahan untuk hasilkan Ayam Goreng Ala KFC. Alhamdulillah menjadi, sedappp! Rangup, lembut dan JUICY. Rasanya mirip ayam goreng KFC – Weee!



Bahan-Bahan  -

* Ayam - 6 ketul
* Garam - secukupnya
* Buttercup - 3 camb
* Susu UHT - cawan
* Sos Tiram - 1camb
* Minyak Bijan - 1camb
* Kicap Manis - 1camb
* Serbuk Lada Hitam - secukupnya
*Tepung Jagung - 1camb
* Tepung Beras - 1camb


Cara Membuat -

1. Gaulkan ayam dengan garam, buttercup, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan suhu UHT.

2. Gaulkan lagi ayam dengan tepung jagung dan tepung beras - perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

3. Salut ayam dengan serbuk roti dan goreng atas api perlahan hingga warna keemasan/ masak. SIAP!




Nota : Proses perapan ayam; pertama sekali gaulkan ayam dengan garam dan sos tiram dulu. Seterusnya serbuk lada hitam, kicap manis dan minyak bijan. Buttercup tu Aku cairkan dulu dan campurkan dengan susu UHT baru curah dan gaulkan dengan ayam. Kalau rasa leceh atau nak cepat, abaikan cara ni (“,) 2 jenis tepung tu sekadar untuk serap lembapan atau sos perapan dan salutan serbuk roti. Bila ayam dah masak kuatkan api sebelum angkat supaya ayam tak serap minyak + minyak turun. Itu jeee. Makan semasa masih panas = KRUNCHY. Cicah pula dengan mayonis. Om nom nom!

No comments :

;