- 27 Julai 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Ayam
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 2-3 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis
: Ayam Percik MP? Ayam Percik MP adalah ayam percik yang dimasak dalam magic pan (^o^) MP tu adalah singkatan
untuk magic pan *huhuhu* Idea tak
selalu datang – tiba-tiba teringat ayam percik yang selalu buat dulu-dulu,
dengan Kak Teh. Konon nak buat tapi tak
ingat resepinya. Walaupun tak ingat resepinya, tetap buat juga dengan bahan
yang mana ingat dan tokok tambah bahan-bahan lain ikut sukaaa (-,-)” Jadi ke? Alhamdulillah menjadi
walaupun rasanya tak mengancam macam dulu-dulu, tapi masih rasa sedappp. Lain
kali Aku kongsikan resepi ‘ayam percik dulu-dulu’ tu kalau jumpa resepinya. Kali
ni layan Ayam Percik MP dulu!
- Bahan-Bahan -
* Ayam - 8 ketul
* Garam - secukupnya
* Bahan Tumis - secukupnya [kisar]
* Kunyit - ½ inci [kisar]
* Halia - 1 inci [kisar]
* Serai - 2-3 batang [kisar]
* Serbuk Cili - 3 camb [kisar]
* Buah Keras - 2-3 biji [kisar]
* Gula Perang - 2camb
* Santan - 1 cawan
* Asam Gelugor - 1 keping
* Garam & Gula - secukupnya
* Air Masak - secukupnya
* Garam - secukupnya
* Bahan Tumis - secukupnya [kisar]
* Kunyit - ½ inci [kisar]
* Halia - 1 inci [kisar]
* Serai - 2-3 batang [kisar]
* Serbuk Cili - 3 camb [kisar]
* Buah Keras - 2-3 biji [kisar]
* Gula Perang - 2camb
* Santan - 1 cawan
* Asam Gelugor - 1 keping
* Garam & Gula - secukupnya
* Air Masak - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Rebus Ayam dengan sedikit garam hingga separuh masak - toskan.
2. Goreng bahan kisar hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan serbuk cili, santan, gula perang, asam gelugur dan air - renih sehingga pekat dan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula. SIAP langkah pertama.
5. Bahagikan sos kepada dua bahagian dan perapkan ayam selama ½ jam.
6. Bakar ayam selama 5 minit dan ulang celup ayam dan bakar semula hingga masak.
2. Goreng bahan kisar hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan serbuk cili, santan, gula perang, asam gelugur dan air - renih sehingga pekat dan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula. SIAP langkah pertama.
5. Bahagikan sos kepada dua bahagian dan perapkan ayam selama ½ jam.
6. Bakar ayam selama 5 minit dan ulang celup ayam dan bakar semula hingga masak.
Nota : bahan-bahan; untuk bahan tumis tu Aku lebihkan bawang besar. Kalau nak pedas tambah cili padi. Atau serbuk cili tu gantikan dengan cili kering. Proses memasak; Aku masak guna magic pan - cepat sikit. Alas magic pan dengan daun pisang. Kalau tak ada, guna aluminium foil. Kalau dua-dua tak ada pun tak apa (",) Kalau rajin, ayam tu ulang celup dalam sos 2,3x dan bakar. Kalau tak rajin, perap lama sikit. Kalau nak lagi cepat, curahkan sos atas ayam dan bakar sampai masak! Lebihan ½ sos lagi, boleh curah atas ayam yang dah masak sewaktu menghidang atau jadikan sos pencicah. OK. Lagi ½ sos tu Aku modified, bagi pedas! (*_^)
No comments :
Post a Comment