- 3 Ogos 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Kek
Sub Kategori : Kek Coklat
Saiz Hidangan : 3 bekas
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis : Sepanjang bulan Ramadhan ni,
memang tak ada beli sangat kuih muih kat param. Sekali sekala je. Dalam
seminggu tu ada la sekali dua je kot membeli kat param. Kuih kegemaran sewaktu
Ramadhan tak banyak pilihan kat Langkawi ni (-,-) Sebagai ganti Aku buat sendiri
makanan manis *kuih muih* untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan tahun ni. PUAS! Untuk ‘kuih muih’ berbuka hari
ni, dengan bahan-bahan yang memang dah ada, Aku buat Kek Batik Coklat versi
sendiri dengan mengolah resepi Wawa Syaida. Alhamdulillah menjadi (^_^) Rasanya
lebih mengujakan berbanding Kek Batik Coklat Cekelat yang Aku buat sebelum ni –
weee!
- Bahan-Bahan -
* Mentega - 250gm
* Oligo - 300gm
* Sebuk Koko - 3camb
* Dark Chocolate - 1 ketul (30gm)
* Susu Pekat - ½ tin
* Susu UHT - 1cawan (+ ½)
* Biskut Meri - 1 bungkus
* Oligo - 300gm
* Sebuk Koko - 3camb
* Dark Chocolate - 1 ketul (30gm)
* Susu Pekat - ½ tin
* Susu UHT - 1cawan (+ ½)
* Biskut Meri - 1 bungkus
- Cara Membuat -
1. Cairkan mentega dengan api perlahan.
2. Masukkan susu pekat, susu UHT, Dark Chocolate, serbuk koko dan Oligo - kacau sebati.
3. Tutup api dan masukkan biskut Meri dan gaul rata hingga semua biskut bersalut coklat.
4. Biar seketika lebih kurang 10-15 minit supaya coklat meresap dalam biskut.
5. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. SIAP!
2. Masukkan susu pekat, susu UHT, Dark Chocolate, serbuk koko dan Oligo - kacau sebati.
3. Tutup api dan masukkan biskut Meri dan gaul rata hingga semua biskut bersalut coklat.
4. Biar seketika lebih kurang 10-15 minit supaya coklat meresap dalam biskut.
5. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. SIAP!
Nota : Bahan-bahan; mentega tu Aku guna Buttercup. Kalau tak ada Oligo gantikan dengan Milo *pssttt Oligo lagi kaya rasa coklat!* Biskut Marie tu Aku campur perasa Original dan Cappucino. Kalau tak campur pun tak apa. Aku campur sebab biskut tu masing-masing dah tinggal separuh (",) Susu UHT tu kalau kurang boleh tambah (+ ½) cawan. Bekas tu terpulang la nak letak dalam bekas macam mana pun. Aku guna bekas transparent tu sebab nak bagi sana sini sikit. OK - Selamat mencuba & Selamat Berbuka Puasa (^_^)
No comments :
Post a Comment