- 9 Julai 2014 -
Resepi : tyara NY
Kategori : Ayam
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang
Assalamualaikum & Salam Mesra.
Sinopsis : Belek-belek peti ais
ternampak sebalang tempoyak. Hhmmm. . kalau masak dengan ikan patin sedap tuuu!
Tapi Aku tak pernah jumpa lagi ikan patin kat pasar-pasar Langkawi. Jangan kata
ikan patin, ikan keli pun susah nak dapat (x_x) OK buat Ayam Masak Tempoyak?
Ada ke? Pernah ke orang buat ayam masak tempoyak? Aku google – Eh ADA la!
*tersengih* Kali ni Aku masak senyap-senyap. Kalau cakap ‘tempoyak’ Armand tak
nak makan. Dia geli tengok rupa tempoyak. Cuma dia musykil “Mama, kenapa bau masak
lemak ni tak macam biasa?” Aku diam jeee. Dah habis makan baru Aku cakap “Tu
Ayam Masak Tempoyak. .” Balasannya “Ye ke? Ok jugak, sedap” SENYUM.
- Bahan-Bahan -
* Ayam - 8 ketul
* Bahan tumis - secukupnya [kisar]
* Cili Padi - 15 biji [kisar]
* Halia - 1 inci [kisar]
* Kunyit Hidup - 1 inci
* Tempoyak - ½ cawan
* Daun Kesum - secukupnya
* Asam Gelugor - 1 keping
* Garam & Gula - secukupnya
* Air - secukupnya
* Bahan tumis - secukupnya [kisar]
* Cili Padi - 15 biji [kisar]
* Halia - 1 inci [kisar]
* Kunyit Hidup - 1 inci
* Tempoyak - ½ cawan
* Daun Kesum - secukupnya
* Asam Gelugor - 1 keping
* Garam & Gula - secukupnya
* Air - secukupnya
- Cara Membuat -
1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan tempoyak dan 1 ½ cawan air lagi - kacau rata. Renih seketika.
3. Masukkan ayam, asam keping dan daun kesum - renih dengan api perlahan hingga masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula - kacau rata. SIAP!
2. Masukkan tempoyak dan 1 ½ cawan air lagi - kacau rata. Renih seketika.
3. Masukkan ayam, asam keping dan daun kesum - renih dengan api perlahan hingga masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula - kacau rata. SIAP!
Nota : bahan-bahan; untuk bahan tumis tu Aku lebihkan bawang besar. Kalau nak pedas tambah cili padi. Tempoyak ½ cawan tu Aku kisar dengan 1½ cawan air sampai halus. Daun kesum tu Aku gantikan dengan Daun Duri Belanda sebab pokok kesum tepi rumah tinggal batang je (-,-)" Kalau kuah pekat, boleh tambah air lagi. Untuk perasa tu, kurangkan garam, biar rasa manis gula, so akan dapat rasa sepertimana yang Aku buat - PEDAS, MASAM, MANIS. OK. Tiba-tiba dapat idea, lain kali kalau buat Ayam Masak Tempoyak ni lagi, Aku nak masukkan daun cemumak. Mesti bau + rasa dia lagi weee!
No comments :
Post a Comment