HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Nasi Ayam Panggang Hainan


- 12 Julai 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Nasi | Ayam | Sambal
Sub Kategori : Nasi Ayam
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Armand dan ayam memang tak dapat dipisahkan. Hari-hari makan berlaukkan ayam (“,) So Aku dah siapkan senarai beberapa jenis masakan ayam untuk santapan hari seterusnya. Tak ada la jenuh fikir setiap kali nak masak. OK - Kali ni Aku nak kongsikan resepi Nasi Ayam Hainan. Ramai orang suka makan nasi ayam kan? Kami sefamili pun suka! Aku sukakan ayam stim, tapi Armand suka ayam panggang atau goreng. Penyelesaiannya? Aku masak ayam dengan magic pan. Marvelous! Macam panggang pun ada, macam stim pun ye juga. Ayam pun lembut jeee (^_^) Alhamdulillah sedappp. Nak cuba? Nah resepi;



Bahan-Bahan A  -

* Ayam - ½ ekor
* Bahan Tumis - secukupnya [dikisar]
* Halia - 1½ inci [dikisar]
* Sos Tiram - 2 camb
* Kicap Manis - 3 camb
* Cuka Makan - 2 cam
* Minyak Bijan - 1 camb
* Air - 1½ liter


Bahan-Bahan B  -

* Berasa - 2 pot
* Halia - ½ inci [hiris halus]
* Bawang Putih - 3 ulas [hiris halus]
* Bawang merah - 1 biji [hiris halus]
*Minyak Bijan - 1 camt
* Minyak Sapi - 2 camb


Bahan-Bahan C  -

* Sup/ Air Rebusan Ayam - 1½ cawan
* Cili Merah - 3 tangkai
* Cili Padi - 3 tangkai
* Bawang Putih - 3 ulas
*Halia - ½ inci
*Cuka Makan - 1 camt
* Garam & Gula - secukupnya



Cara Membuat A (SUP & AYAM) -

1. Didihkan seperiuk air bersama bahan kisar.

2. Masukkan ayam dan renihkan selama 15 minit dengan api perlahan.

3. Toskan ayam. Campurkan semua sos dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.

*simpan air rebusan ayam*



Cara Membuat B (NASI) -

*gunakan periuk rice cooker*

1. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih dengan minyak bijan sehingga garing.

2. Masukkan beras yang telah dibasuh - kacau rata.

3. Tuangkan air rebusan ayam tadi secukupnya ke - kacau rata dan didihkan seketika.

4. Alihkan periuk ke potnya dan masak seperti masak nasi.

5. Panggang ayam yang diperap tadi dalam magic pan dengan api perlahan hingga masak.


Cara Membuat C (SOS CILI) -

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia dengan 1½ cawan air rebusan ayam.

2. Masak bahan kisar atas api perlahan hingga pekat *tambahkan air jika perlu*

3. Perasakan dengan garam dan gula. SIAP!

Sos Aku ni warna hitam sebab Aku sekalikan dengan kicap!


Nota : Renyahkan? Sekali sekala boleh layan (",) OK. Bahan-bahan; untuk sup Aku tak letak garam. Biar tawar je sebab nasi dah ada rasa, ayam pun dah ada rasa. Kalau nak letak garam pun boleh jeee. Nasi tu kalau nak guna beras wangi ke basmathi ke pun boleh. Untuk ayam, Aku alaskan magic pan dengan daun pisang dan tutup/ lapik atas ayam. Sajeee nak bagi wangi + tak nak hangit. Kalau guna aluminium foil lagi cun. Sos pula kalau nak pedas, tambahkan cili padi. Sos yang Aku buat ni ada rasa masam, manis dan pedas sikit. Yang lain-lain tu, seperti mana rupa hakiki nasi ayam, mesti la ada helaian daun salad, timun, tomato, kicap kan? Aku memang tak adakan semua tu sebab Armand tak makan pun semua benda alah tu (",) Aku rebus bendi jeee untuk diri sendiri, untuk makan dengan nasi ayam ni. Kicap guna cap kipas udang jeee. Om nom nom!

No comments :

;