HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kari Ayam Mamak


- 6 Julai 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Ayam
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Teringat dulu-dulu Pak Su Aku berteka-teki bertanya samada kari yang kami makan ada santan atau tak. Dengan confident nya Aku jawab ADA tapi salah. Rupanya kari yang Mak Su masak tu tak ada santan – KARI MAMAK. Sedappp je walaupun tanpa santan (*_^) Ye la, biasanya kalau masak kari Aku mesti gunakan santan. Kadang-kadang Aku gunakan susu atau kedua-duanya sekali dengan lebihkan susu. Kalau guna santan semata bonda tak makan – kolestrol. OK kali ni Aku nak cuba tanpa santan pula, kari mamak. Hasilnya? Om nom nom! Selazat Mak Su buat dan sesedap restoren mamak *huhuhu* Lain kali masak kari tanpa santan la jawabnya. .



Bahan-Bahan  -

* Ayam - 8 ketul
* Bahan tumis - secukupnya [kisar]
* Cili Padi - 6 biji [kisar]
* Halia - 1 inci [kisar]
* Daun Kari - 1 tangkai
* Tomato - 1 biji [potong dadu]
* Tomato - 1 biji [belah 6]
* Bendi - 6-9 biji [potond 2]
* Asam Gelugor - 1 keping
* Kulit Kayu Manis
* Bunga Lawang
* Biji Pelaga
* Bunga Cengkih
* Serbuk Kari - 1 peket kecil
* Minyak Masak - secukupnya
* Garam - secukupnya


Cara Membuat -

1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah ratus dan daun kari - tumis seketika hingga naik bau.

3. Tuangkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air - tumis hingga pecah minyak.

*1 peket serbuk kari dalam cawan + air penuh*

4. Masukkan tomato yang diptong dadu dan 1 cawan air - renih seketika hingga mendidih.

5. Masukkan ayam dan asam keping - renih dengan api perlahan hingga masak.

6. Masukkan tomato yang dibelah 6 dan bendi. Perasakan dengan garam. SIAP!




Nota : bahan-bahan; untuk bahan tumis tu Aku lebihkan bawang besar. Kalau nak pedas tambah cili padi. Serbuk kari tu Aku guna serbuk kari ayam Baba's yang PEDAS. Ikut citarasa masing-masing. Macam biasa Aku gunakan api perlahan kalau masak lauk pauk berdaging. Hasilnya daging ayam sangat la empuk dan isinya meresap semua rasa rencah dengan weee! Rasa berempah yang pedas-pedas masam. Sedappp! Cumanya. . .Aku tak boleh teka apa bahan yang tak lengkap, yang Mak Su guna untuk masak kari mamak ni. Lain kali Aku menuntut (",) *kalau ada rezeki*

No comments :

;