HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Ayam Tomato


- 24 Julai 2014 -

Resepi : tyara NY
Kategori : Ayam
Sub Kategori : Lauk Pauk
Saiz Hidangan : untuk 3-4 orang

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Sinopsis : Baru perasan Aku belum kongsi resepi Ayam Tomato ni. Ini adalah antara masakan ayam yang Aku selalu ulang masak. Resepi Ayam Tomato ni segera, ringkas dan mudah. Tak banyak bahan, tak renyah dan senang masak. OK la, kalau nak cuba, silakan. . Sinopsis kali ni ringkas je, seringkas resepi Ayam Tomato ni. Mood bercerita kureng sebab mata dah kuyu. Aku kongsikan resepi je laaa (~_~)



Bahan-Bahan  -

* Ayam - 8 ketul
* Bahan tumis - secukupnya [kisar]
* Halia - 1½ inci [hiris halus]
* Serai - 2 batang [ketuk]
* Tomato - 1 biji [kisar]
* Sos Tomato - 1 cawan
* Sos Cili - ½ cawan
* Garam secukupnya
* Air - secukupnya


Cara Membuat -

1. Tumis semua bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan sos cili dan sos tomato - renih seketika.

3. Masukkan halia, serai dan air - renih seketika.

4. Masukkan ayam - renih dengan api perlahan hingga masak.

5. Perasakan dengan garam. SIAP!



No comments :

;