HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Iftar Di Pappa Rich - LANGKAWI


- 21 Julai 2014 -

Assalamualaikum & Salam Mesra.

Bila SUPER MIGRAINE melanda!

Tak larat rasanya nak memasak. Alternatifnya, berbuka puasa di luar. Walaupun sakit kepala berdenyut dan pandangan mata berpinar, Aku gagahkan juga memandu ke pekan mencari port untuk kami dua beranak berbuka puasa. Pusing punya pusing, survey punya survey, akhirnya kami pilih untuk berbuka puasa di Papa Rich, Langkawi Fair. Suasana lengang. Aku dan Armand memesan makanan. Aku memilih Kari Kambing & Pulut Kuning + Sarsi Float dari menu ala-carte, manakala Arman memilih Ramadhan Curry Chicken Chop Rice dari Ramadhan Set Menu sebagai juadah berbuka puasa kami. OK ke? Sedap ke? Berbaloi ke? *azan maghrib* 


Pulut Kuning + Kari Kambing = RM13.90

Set Ramadhan : Curry Chicken Chop Fried Rice + Soya Cincau + Brownie = RM25.90

Soya Cincau & Sarsi Float (RM6.90)

Chocolate Brownie + Vanilla Ice Cream.

Aku jamah pulut kuning – keras! Cicah pulut kuning dengan kuah kari kambing yang secoet tu – hhmmm. . Kari ke tu? (-_-) Kambing dia rasa lain macam jeee. Bukan rasa basi atau rosak tapi memang rasa masakan karinya macam tuuu. Aku rasa Armand punya, macam Nasi Goreng Cina tapi okey sedap. Chicken Chop + sos kuah kari, pun sedap – terasa ajinomoto nyeee! (“,) Untuk Set Ramadhan ada pencuci mulut Chocolate Brownie with Vanilla Ice Cream – haaa brownie tu sedappp!

OK – Sebelum Aku buat kesimpulan tentang juadah di Papa Rich; sempena bulan puasa Papa Rich menyediakan menu tambahan iaitu Ramadhan Set Menu. Setiap set didatangkan dengan 1 pilihan hidangan utama + Soya Cincau + Chocolate Brownies with Vanilla Ice Cream. Ada 5 jenis pilihan untuk hidangan utama *tak ingat* Kesimpulan ringkas dari 2 jenis menu yang kami nikmati; MAAF – tak berbaloi dengan nilai wang yang dibayar. Saiz hidangan tu satu hal, rasa makanan tu lagi jadi hal (x_x) Nilai yang dibayar bukanlah untuk KUALITI, SAIZ HIDANGAN dan RASA MAKANAN tapi pada jenama PAPA RICH. Sekian.



No comments :

;