HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Kad VIP Watsons


- 9 September 2014 -

"Pergghhh.. Lama betul Aku tak update blog. 
Sibuk sangat dan saja-saja buat sibuk! (-_-)"


OK Aku nak kongsi tentang 'WATSONS VIP CARD'. Baru-baru ni Aku singgah beli barang kat Watsons. Di kaunter bayaran, Aku dipelawa untuk mendaftar sebagai ahli WATSON VIP CARD ni. Pada mulanya Aku menolak. Tapi akhirnya Aku daftar juga menjadi ahli dek 'terpengaruh' dengan keistimewaan WATSONS VIP CARD yang 'dimomokkan' oleh cik juruwang yang bertugas (-_-)" Apa je keistimewaan WATSON VIP CARD? Boleh klik gambar dibawah untuk info.




Hhmmm.. Ada lagi keistimewaan yang tak tertulis pada risalah tu. WATSON VIP CARD kini dengan Touch'nGo. Makanya dengan Touch'nGo tu; kita boleh buat bayaran menggunakan kad Touch'nGo sewaktu membeli belah di Watsons! Lain-lain keistimewaan adalah tawaran dan promosi daripada pihak ketiga bersama Watsons iaitu 'DINING PRIVILEGES' di lebih 50 restoren, Kewangan/ Insuran/ Perbankan, Pengangkutan/ Perlancongan/ Penginapan, Sukan/ Santai/ Rekreasi/ Hiburan, Telekomunikasi dan E-Dagang.

Menarik ke? Disebabkan Aku suka makan + jalan-jalan, perkara yang paling mempengaruhi Aku adalah 'DINING PRIVILEGES' dan Perlancongan/ Penginapan. OK kottt. Kalau terpengaruh dan berminat, boleh la dapatkan WATSON VIP CARD ni mana-mana Watsons yang berdekatan okey *huhuhu* Bayaran untuk pendaftran adalah RM18/ seumur hidup. Info tambahan; Bukan hanya di Watsons malah Touch'nGo boleh digunakan di mana-mana pusat perniagaan yang menjadi retail merchant  Touch'nGo.


No comments :

;