HOME ABOUT ME MY eSHOP MY SHOPEE FACEBOOK YOUTUBE RESEPI CONTACT US

Review | Restoren Mohammad Chow


- 15 April 2016 -

Assalamualaikum!

*hobi Aku makan*

Weee! Lama Aku tak tulis pasal makanan + review kan? Idea ada, bahan ada, cerita ada, masa je yang tak ada (",) Okey kali ni Aku nak kongsi satu tempat makan best! Teringin nak makan sedap. Nak manjakan tekak + perut. Tekak cakap nak SOTONG TELUR MASIN, perut cakap nak IKAN STIM LEMON *konon. huhuhu* Besar selara Aku kan? OK tempat yang sesuai untuk penuhi selera + keinginan tu adalah RESTOREN MOHAMMAD CHOW. Pernah dengar?

Aku tahu RESTOREN MOHAMMAD CHOW ni pun dari seorang kawan yang suka jalan-jalan cari makan. Restoren ni menyajikan masakan cina halal. Antara restoren cina muslim yang semakin popular. Seperti yang kita tahu, ada banyak restoren cina muslim ketika ini. Walaupun kebanyakan menu restoren cina muslim hampir sama, tapi rasa masakan setiap restoren adalah berbeza. Pertama kali Aku makan kat RESTOREN MOHAMMAD CHOW, Aku terpaksa katakan rasa masakan kat sini yang paling sedap melayang berbanding restoren cina muslim yang Aku pernah makan.

Tahukah korang? Harga makanan kat RESTOREN MOHAMMAD CHOW ni lebih murah berbanding restoren cina muslim lain. Saiz hidangan yang padan dengan nilai RM - Rasa makanan sedappp - Harga berpatutan, murah bla bla bla bla bla bla. Okey la malas cerita panjang lebar. Aku kongsikan gambar makanan favorite Aku kat sini. Aku sorang je ni tau makan semua ni. Hobi Aku makan. Datang dengan perut kosong - Laparrr.. Selamat jamu mata!


Semua makanan saiz 'S'

AYAM - Buttermilk Chicken

SAYUR - Four Kingdom

SOTONG - Nestum Salted Egg Squid

Okey kali ni Aku order 3 jenis hidangan. Untuk menu ayam Aku pilih CHICKEN BUTTERMILK SAUCE. Rasanya sangat laaa sedap - manis berkrim *melayang wooo!*  Sayur Aku pilih FOUR KINGDOM - Ada kacang panjang, terung, bendi dan petai dimasak belacan. Rasa dia pergghhh terbaik! Dan sotong pulak Aku pilih NESTUM SALTED EGG SQUID. Ada rasa manis nestum dan masin telur masin. Makan masa panas sangat la crunchy! Eh? Ikan Stim Lemon? Nasib baik tak order! Perut dah padat mampat (",) Okey lain kali makan kat RESTOREN MOHAMMAD CHOW lagi Aku update sambung entri ni.


Nak makan kat RESTOREN MOHAMMAD CHOW

Alaaa Waze je nama restoren.. Nak alamat jugak?

RESTOREN MOHAMMAD CHOW
No.3 Jalan PJU 8/5H
Damansara Perdana Business Centre
47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7731 6383




No comments :

;