- 3 Jun 2014 -
Assalamualaikum & Salam Mesra
*cuti sekolah*
Sepupu dari Selangor datang
bercuti di Langkawi. Aku diminta menjadi tourist
guide mereka sepanjang percutian (*_^) Ok jeee. Sambil menyelam sambil
minum air. Aku pun dah lama tak berjalan melawat tempat-tempat menarik di
Langkawi. Mesti dah banyak perubahan. Kebetulan cuti sekolah, boleh bawa Armand
berjalan, tak la bosan terperap kat rumah jeee. OK sebenarnya banyak tempat
yang Aku bawa sepupu sekeluarga berjalan, tapi malangnya tak berkesempatan nak merakam
banyak gambar tempat-tempat yang kami lawati tu. Seronok sampai terlupa (-,-)”
Untuk entri kali ni Aku kongsikan gambar di Makam Mahsuri dulu. Untuk
tempat-tempat menarik lain di Langkawi Aku akan kongsikan pada entri akan
datang – insha Allah. .
|
Makam Mahsuri dari sisi depan. |
|
Makam Mahsuri dari sisi tepi. |
|
Rumah Mahsuri. |
|
Rumah Mahsuri dari sisi tepi. |
|
Ruang dapur dalam rumah Mahsuri. |
|
Ruang dalam rumah Mahsuri. |
|
Ruang dalam/tamu rumah Mahsuri. |
|
Antara peralatan bertani lama di bawah rumah Mahsuri. |
|
Antara rumah yang ada di Makam Mahsuri - TERATAK SRI TAMA. |
|
Antara cenderamata yang dijual. |
|
Antara rumah yang ada di Makam Mahsuri - RUMAH PENGHULU. |
|
Rumah yang menjual cenderamata di Makam Mahsuri. |
|
Armand bergambar kenangan bersama sepupu. |
|
Antara ruangan riadah di Makam Mahsuri. |
|
CONGKAK GERGASI - antara replika buatan yang ada di Makam Mahsuri. |
OK! Itu je gambar yang dapat Aku kongsikan tentang Makam Mahsuri.
Selain dari makam, rumah dan replika, ada juga muzium, telaga, persembahan
muzik dan nyanyian tradisional, gerai-gerai yang menjual kuih muih serta
makanan tradisional. Kalau nak tahu lebih banyak kena la datang sendiri (*_^) Info tambahan; harga tiket masuk ialah RM7
untuk dewasa dan RM3.50 untuk kanak-kanak bawah 11 tahun. Dibuka dari
jam 9am hingga 5pm setiap hari.
pssttt : Jika anda merancang bercuti ke Pulau Langkawi, mencari
penginapan dan kenderaan sewaktu percutian di Langkawi, atau pakej-pakej
percutian di Langkawi, boleh hubungi saya di page NY atau Langkawi
Homestay. Sila buat tempahan sekurang-kurang 2 minggu awal
sebelum tarikh percutian anda okey (^_^)
Related Posts :
Cuti-Cuti
,
Jalan-Jalan
,
Pulau Langkawi
,
Review
1 comment :
sejarah Langkawi yg ditelan dek arus pembangunan..
Post a Comment